SELAMAT DATANG KE UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING - SK.KHIR JOHARI- USAHA SEDAYA UPAYA BUAT SEHABIS BAIK- "1 SEKOLAH 1 BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Monday, 26 September 2011

PENGENALAN PRS

PENGENALAN PRS

                                  P = Pembimbing
                                  R = Rakan
                                  S = Sebaya



"BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN"

Apa itu PRS ?

- PEMBIMBING SEBAYA
- KAUNSELOR SEBAYA
- PEMBIMBING PELAJAR
- FASILITATOR SEBAYA
- PEMBANTU RAKAN
- PEMBANTU PELAJAR
- PENOLONG PELAJAR
- PEMBIMBING RAKAN


Siapakah PRS ?
- Individu yang masih bersekolah ( SR/SM)
- Dipilih atau minat untuk membimbing rakan sebaya
- Menggunakan konsep menolong
- Memberi bantuan kepada pelajar lain atau orang yang lebih dewasa
- Menggalakkan perkembangan diri.




FALSAFAH PRS


Sebagai PRS anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan. perlakuan, perhubungan, kreativiti, dan keimanan.



PERANAN
1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2. Sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
4. Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain




PRINSIP PRS

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal
 
ETIKA PRS


  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  •  Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  • Memahami batasan dan keupayaan diri
  • Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
  • Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri dan/atau orang lain.
  • Merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling. 
  • Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan agama.




YANG BOLAH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS



BOLEH 

  • Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa, dan berempati. 
  • Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
  • Mendengar, menjelas dan membantu rakan
  • melihat beberapa altematif sebelum membuat keputusan 
  • Memberi sokongan dan galakan untuk rakan
  • mengambil langkah positif 
  • Mematuhi etika kerahsiaan. 
  • Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi. 
  • Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal 
  • Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar me!alui pengalamannya
  • Merujuk kes yang berat kepada guru bimbingan dan kaunseling dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk berteinu dengan guru bimbingan dan kaunseling atau orang yang lebih arif 
  • Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri 
  • Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

No comments:

Post a Comment