SELAMAT DATANG KE UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING - SK.KHIR JOHARI- USAHA SEDAYA UPAYA BUAT SEHABIS BAIK- "1 SEKOLAH 1 BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Wednesday 26 October 2011

PERKHEMAHAN SKKJO 2011

PERKHEMAHAN SKKJO 2011



















MEREKAYASA PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK




Pada 01 Oktober yang lalu Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak (PPD) telah mengadakan Karnival Merekayasa Peringkat Daerah. Semua sekolah yang mempunyai Unit Bimbingan dan Kaunseling telah meyertai Karnival ini. Karnival yang dijalankan di SMK San Min, Teluk Intan mempertandingkan beberapa kategori pertandingan iaitu Pertandingan Facebook ubk, Blog ubk, Kaunselor Muda, Bilik Kaunseling dan Video Korporat. Bagi Pertandingan Facebook seramai 22 buah sekolah telah menyertainya di mana ianya wajib bagi sekolah menengah. Manakala bagi pertandingan Blog ubk, Kaunselor Muda, Blog ubk dan Video Korporat dibahagi kepada 2 kategori iaitu sekolah Menengah dan Rendah.

Skkjo telah menyertai pertandingan Blog ubk dan Kaunselor Muda. Bermula dengan Karnival Merekayasa inilah  terciptanya Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling skkjo. Bagi pembinaan blog ini saya bersama 3 orang ahli PRS sekolah telah bersama-sama merekanya. Mereka ialah Amir Aiman, Reccah dan  Mohd Abeed.Ahli PRS banyak memberikan idea dalam isi kandungan blog ini. Ahli PRS telah membentangkan tema blog dan isi kandungannya serta penggunaan ikon interaktif yang memudahkan pembaca untuk mengekses. Manakala bagi pertandingan Kaunselor Muda skkjo telah mengahantar seorang ahli PRS iaitu Mohd Shahrizal Suhaimi untuk membentangkan syarahan yang bertajuk Komunikasi Berkesan. Dengan usaha yang bertungkus lumus guru bimbingan dan kaunseling dan ahli PRS yang tidak putus asa akhirnya membuahkan kejayaan. Skkjo telah memenamgi kedua-dua kategori penyertaan. Bagi pertandingan blog ubk skkjo telah mendapat tempat ke-2 manakala bagi pertandingan Kaunselor Muda skkjo telah mendapat tempat Pertama.

Terima Kasih kerana pihak penganjur kerana telah mengadakan Karnival yang memperkenalkan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah kepada semua. Ia juga membantu meningkatkan kemahiran guru dan murid-murid dalam penggunaan ICT dalam memperkenalkan Unit Bimbingan dan Kaunseling dan program-program di bawah unit ini.

Mari kita lihat gelagat ahli PRS SKKJO di Karnival Merekayasa Peringkat Daerah Hilir Perak.