SELAMAT DATANG KE UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING - SK.KHIR JOHARI- USAHA SEDAYA UPAYA BUAT SEHABIS BAIK- "1 SEKOLAH 1 BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Thursday 29 September 2011

PROGRAM SELEPAS UPSR

PROGRAM SELEPAS UPSR SKKJO/2011

Tahniah kepada semua murid-murid tahun 6 SKKJO, yang telah berjaya mengahadapi peperiksaan UPSR yang lepas.Semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang.Unit Bimbingan dan Kaunseling SKKJO akan mengadakan Program lepas UPSR yang akan melibatkan semua murid-murid dan guru-guru tahun 6.Banyak program yang telah dirancang bagi memberikan input-input berguna kepada murid-murid tahun 6. Memandangkan murid-murid akan menghadapi suasana baru apabila melangkahkan kaki ke sekolah menengah, SK Khir Johari mempersiapkan diri murid-murid dengan pelbagai persiapan yang bakal membantu murid-murid tahun 6 melayari suasana baru.Sesungguhnya persediaan awal amat penting bagi murid-murid menghadapi peringkat awal remaja di sekolah menengah..Di sudut ini akan dipaparkan program yang telah dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan bantuan dari AJK Program Kecemerlangan Tahun 6..Selamat Membaca...

26 /SEPTEMBER/2011 (ISNIN)
Program LPPKN
- Pihak sekolah telah dapat kunjungan dari LPPKN untuk memberi ceramah tentang awal remaja kepada murid lelaki dan perempuan. Murid dubahagi kepada 4 kumpulan (2 kumpulan lelaki dan perempuan. Antara pengisian program adalah murid didedahkan tentang penjagaan diri dan bagaimana menyayangi diri.

- LPPKN juga menyediakan pemeriksaan kesihatan untuk guru-guru dan ceramah kesihatan berkaitan dengan penyakit kritikal seperti kanser.


27/SEPTEMBER/2011 (SELASA)

Lawatan ke Klinik Kesihatan Sg.Sumun dan Ice Breaking
- Murid  SKKJO membuat lawatan ke Klinik Kesihatan Sg. Sumun. Murid-murid dan guru memeriah pelancaran anti rokok di klinik kesihatan sg.sumun

- Murid membentuk kumpulan kecil dengan aktiviti ice breaking. Murid dikehendaki mencari kumpulan mereka sendiri melalui kertas yang telah diedarkan. Di dalam kumpulan murid dikehendaki untuk membina logo kumpulan, nama kumpulan, moto kumpulan dan "cheer song" kumpulan masing-masing. Murid dikehendaki untuk membentangkan hasil kerja mereka dihadapan kelas.

















 


 








28-29/SEPTEMBER/2011 (RABU-KHAMIS)

Program Mengimbas Kenangan
- Murid menjalankan aktiviti permainan tradisional. Antara permainan yang dipertandingkan adalah pertandingan congkak, lompat getah, gasing dan batu seremban. Aktiviti ini dijalankan selama 2 hari. Pada hari kedua murid-murid dipertandingkan mengikut kumpulan.



30/SEPTEMBER/2011 (JUMAAT)

Sehari Di Gedung Ilmu
- Program sehari di gedung ilmu dijalankan dengan kerjasama pusat sumber sekolah. Murid diedarkan sebuah buku di dalam kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membaca dan membuat sinopsis dari bahan bacaaan. Hasil kerja murid akan dibentang di dalam perhimpunan sekolah pada hari isnin 3/Oktober/2011.



 


















7 / OKTOBER /  2011 ( JUMAAT)


Program Mari Berhias





























1 comment: