SELAMAT DATANG KE UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING - SK.KHIR JOHARI- USAHA SEDAYA UPAYA BUAT SEHABIS BAIK- "1 SEKOLAH 1 BLOG KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sunday, 25 September 2011

SEJARAH & LATAR BELAKANG SKKJO

SEJARAH & LATAR BELAKANG SKKJO

UNDER CONSTUCTION

PENGENALAN


 PENGENALAN


Pembangunan ilmu insan merupakan agenda utama dalam pembangunan negara. Justeru itu, peranan guru kaunseling menjadi tonggak utama dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut.

Memandangkan kelompok guru kaunseling mendapat kemahiran khusus dalam membimbing para murid adalah perlu mereka merancang dan menyusun program dengan lebih teratur dan teliti agar perkhidmatan yang diberikan lebih berkesan. Bidang tugas dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah merangkumi perkembangan akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pendidikan pencegahan dadah serta pembangunan diri murid.

Fail meja merupakan satu kerangka kerja yang sistematik bagi setiap guru kaunseling menyusun dan melaksanakan kerja-kerja hariannya dalam bidang perkhidmatan mereka. Fail meja ini akan menjadi garis panduan kepada guru kaunseling bagi memudahkan pelaksanaan  pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancangkan.

Usaha ini adalah untuk meningkatkan mutu profesionalisme, kredibiliti dan akauntabiliti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Adalah diharapkan fail meja ini akan dapat memberi panduan dalam membantu guru kaunseling menjalankan tugas-tugas seharian.

Saturday, 24 September 2011

Piagam Pelanggan Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Piagam Pelanggan Unit Bimbingan Dan Kaunseling 

1.                  Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

2.                  Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.

3.                  Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.

4.                  Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.

5.                  Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.

6.                  Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.

7.                  Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.

8.                  Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.

9.                  Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.

10.              Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.




VISI DAN MISI

Visi dan Misi  Kementerian Pelajaran Malaysia  
 
VISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang, Gemilang dan Terbilang Menjelang 2010


MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Membangunkan Sistem Pendidikan Berkualiti Yang Bertaraf Dunia Bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya Dan Memenuhi Aspirasi Negara Malaysia


Visi dan Misi  Sekolah



Visi dan Misi  Unit Bimbingan Dan Kaunseling  

VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.

MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


·         Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan
  berkesan.

·         Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang
tinggi dan berakhlak mulia.

·         Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam
akademik.

·         Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan
melalui program bimbingan dan kaunseling.

·         Memberikan  pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.

·         Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan
murid.

Friday, 23 September 2011